0

FATWA PERTAMA

Adakah si mati didalam kubur terhalang daripada menjawab soalan yang disoal padanya?
Jawapan:

Sesungguhnya kami tidak mengetahui adanya khabar ( ayat al-alquran,hadis atau atsar ) bahawa seseorang terhalang dari menjawab tetapi sama ada dia menjawab “ dia Muhammad datang kepada kami dengan kebenaran “ atau yang semakna dengan itu, atau si mati berkata “ aku tidak tahu “ sebagaimana dalam hadis :



رواه إمام أحمد في مسنده و فيه أن المؤمن إذا سءل ما هذا الرجل الذي بعث فيكم؟ يقول ( هو رسول الله )

Diriwayatkan oleh imam ahmad dalam musnadnya.padanya bahawasanya orang yang beriman apabila ditanya siapakah lelaki yang diutuskan dikalangan kamu ? dijawabnya ( dia adalah rasulullah )



و في رواية في الصحيحين ( يقول : هو محمد رسول الله جاءنا بـالبينات و الهدى, فأجبنا و أطعنا, ثلاث مرات )
Dan di dalam riwayat bukhari dan muslim menjawab ( simati ) : dia Muhammad pesuruh allah yang datang kepada kami dengan keterangan dan petunjuk maka kami menyahut seruan itu dan kami taat ( tiga kali )



و في الحديث أيضا أن الكافر إذا سءل يقول ( هاه هاه , لا أدري )
Dan di dalam hadis juga bahawasanya orang kafir apabila ditanya dia ( si mati ) menjawab ah, ah aku tidak tahu

Sila rujuk Kitab fatwa ibnu hajar alasqalani dalam bab aqidah di lembaran (soalan pertama)
Back to Top