0

BIODATA AL-HAFIZ IBNU HAJAR AL-ASQALANI

___________________________________________________

Nama sebenarnya Ahmad bin Ali bin Muhammad Al-Kinani Al-Asqalani, masyhur dengan gelaran Ibnu Hajar Al-Asqalani. Berasal dari Asqalan iaitu salah sebuah tempat yang terletak di palestin dan dilahirkan di Mesir pada tahun 773 hijrah dan wafat juga di sana pada tahun 852 hijrah. Beliau pergi ke Yaman, Hijjaz dan selainnya untuk mendengar sendiri hadis dari para masyaikh.Berkata sakhawi : Telah tersebar tulisan-tulisannya sejak zamannya dan dijadikan hadiah pada raja-raja dan disalin semula oleh para pembesar-pembesar. Beliau seorang yang fasih dalam berbicara dan seorang yang arif mengenai sejarah orang yang terdahulu dan khabar-khabar orang yang terkemudian dan mempunyai wajah yang cerah. Beliau pernah menjadi hakim (qadhi ) di Mesir pada zamannya. Diantara kitab karangannya yang terkenal adalah kitab fathul bari syarah kitab shahih bukhari yang menjadi rujukan para ulama.Dan karangan-karangannya adalah :
addurarul kaminah fi a'yan miatas tsaminah, bulugul maram, al-ishobah, lisanul mizan, al-ihkam li bayan ma fil-quran, diwaan sya'r, al kafus syaf fi takhrij ahaditsul kasyaf, zail durarul kaminah, alqabur rawah, taqribut tahzib, tahzibut tahzib, ta'jilul manfa'ah bi zawaid rijalul aimmatul arba'ah, ta'rifu ahlu taqdis, tuhfatul ahlul hadis a'n syuyukhil hadis, nuzhatun nazri fi taudihul nukhbati fikri, al majaalis, al-qaul musaddad fil zibbi a'n musnad imam ahmad, diwanul khathab, tasdidul qaus fi mukhtasor al-firdaus li dailami, tabshirul muntabah fi tahrirul musytabah, rafu'l isr fi qadhatil mishr,

0 comments:

Post a Comment

Back to Top